10 November 2011

Jawatan Pentadbir dan Penulis

Salam Sejahtera kepada semua Blogger Politeknik Seberang Perai. Adakah anda semua sihat? diharap anda semua sihat-sihat belaka.

Berdasarkan pada tajuk di atas tertera PSP Komuniti Blogger ingin mencari beberapa orang pentadbir (admin) dan juga penulis (author) untuk menolong pentadbir yang lain untuk membangunkan komuniti ini supaya PSP Komuniti Blogger ini berjalan seperti group / kumpulan blogger daripada tempat pengajian lain untuk berkumpul bersama-sama para blogger.

Saya dapati disini terlalu sunyi dan kurang meriah dan kemungkinan besar kekurangan pentadbir dan penulis untuk mengemaskini komuniti ini untuk terus maju dan mengumpul semua Blogger daripada Politeknik Seberang Perai (PSP).

Andakah anda berminat untuk menyertai kami?
Jikalau berminat syaratnya senang sahaja iaitu jikalau menjadi pentadbir anda mestilah selalu memberi kerjasama yang baik kepada rakan-rakan pentadbir dan penulis yang lain.
Begitu juga dengan penulis, jikalau anda ada entri menarik ataupun info menarik untuk dikongsi bersama amat dialu-alukan.

Siapa lagi nak majukan blogger daripada Politeknik Seberang Perai kalau bukan kita kerana? Sebab kita pernah BELAJAR DI PSP!

Semoga anda berminat mengenai jawatan ini!

Syaratnya senang sahaja iaitu anda tahu berblogging. NOKTAH!

Sila kemukakan di komen di bawah ini supaya saya dapat contact dengan anda dengan lebih lanjut.

Nama Blog :
URL Blog :
Email Blogger :
Facebook :
YM/SKYPE/Lain2 :

Sekian itu sahaja daripada Admin PSP KOMUNITI BLOGGER...

Note : Apply je, jangan takut-takut sebab senang sahaja nak handle blog ini sebab anda pun ada blog.. jadi mesti anda tahu cara nak handle.. betul tak?

Pssst : Semoga berjaya menjawab peperiksaan dengan jayanya! Insyaallah!

27 August 2011

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua PSP Blogger!
(terlupa pulak nak wish Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak)

Balik kampung itu elok-elok sikit dan jangan terlalu kelam kabut dan tergopoh gapah.
Check dulu rumah dan kemas-kemas sikit sebelum balik (yang mana duduk rumah sewa).
Pastikan rumah itu terkunci supaya penjenayah takleh masuk sebab sekarang banyak kes-kes sebegini.

Apa-apa pun Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri bersama keluarga tersayang!

The Best PSP Blogger List


POLIMAS Bloggerz